Back to News & Insights
January 11, 2025
Nu'man Jamal
ZakatNow

Taklimat Zakat Di Sekolah Menengah Kebangsaan Yam Tuan Radin, Negeri Sembilan

zakat-now

Pada 11 Januari 2025, SMK Yam Tuan Radin telah menjemput UNITI Waqi Sdn Bhd memberi taklimat zakat kepada guru-guru di sekolah tersebut. Taklimat ini disampaikan oleh wakil dari UNITI Waqi Sdn Bhd iaitu Ustaz Nu'man Hani Bin Jamal yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif UNITI Waqi Sdn Bhd. Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kewajipan zakat, termasuk zakat pendapatan dan zakat perniagaan. Para peserta turut diperkenalkan kepada cara-cara pembayaran zakat secara mudah melalui saluran dalam talian (online) dan agen zakat korporat.

zakatnow
Tenaga pengajar SMK Yam Tuan Radin sedang mendengar perkongsian zakat.

Taklimat ini dihadiri oleh semua guru di sekolah ini dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut mengenai topik yang dibincangkan. Pihak penganjur berharap program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kewajipan zakat dalam kalangan golongan pendidik.

zakatnow
Pemberian cenderahati kepada tenaga pengajar yang terlibat.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Mohd Pozi Bin Arsam, Pengetua SMK Yam Tuan Radin, atas kesudian menjemput kami untuk memberikan taklimat tersebut. Beliau juga berharap lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan di masa depan untuk memberi manfaat kepada warga sekolah.

Dengan berakhirnya taklimat ini, diharapkan guru-guru dapat melaksanakan kewajipan zakat dengan lebih mudah dan berkesan.

#unitiwaqi #educationforall #zakatnow #tubi #Feet4Life

ZakatNowDonationsSocial Impact
All articles

Ready to create impact together?

Partner with UNITI Waqi to design and implement social programs that transform lives.

Partner With Us