UNITI Waqi & Yayasan Uniti Komited Bantu Pelajar SPM 2024
UNITI Waqi, bersama Yayasan Uniti dan tajaan penuh daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), menganjurkan Bengkel SPM 2024 dibawah Projek Education For All. Program ini dirangka untuk membantu pelajar Tingkatan 5 bersedia menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lebih yakin melalui bimbingan tenaga pengajar berpengalaman.

Latar Belakang Program
Dua bengkel utama telah dianjurkan:
Bengkel Pecutan Akhir SPM Sejarah
- Tarikh: 5 Disember 2024
- Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5, Wangsa Maju
- Subjek: Sejarah
- Anjuran: Yayasan Uniti
Bengkel Teknik Menjawab SPM Bahasa Melayu
- Tarikh: 25 Ogos 2024
- Lokasi: Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur
- Subjek: Bahasa Melayu
- Anjuran: Yayasan Uniti

Objektif Program Bengkel SPM ‘Education For All’
Membantu pelajar memahami teknik menjawab soalan SPM dengan betul – Fokus kepada format terkini.
Meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar agar lebih bersedia.
Memberi peluang pelajar berinteraksi dengan tenaga pengajar berpengalaman.
Pencapaian Program
Bengkel ini berjaya menarik penyertaan seramai 297 pelajar dari sekolah terlibat:
Bengkel Teknik Menjawab SPM Bahasa Melayu: 97 pelajar
Bengkel Pecutan Akhir SPM Sejarah: 200 pelajar

UNITI Waqi & Yayasan Uniti: Bersama Membina Masa Depan Pelajar
UNITI Waqi percaya, pendidikan berkualiti adalah kunci masa depan cemerlang. Kami berusaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat akses kepada bimbingan terbaik, terutama pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.
Dengan kerjasama strategik antara UNITI Waqi, Yayasan Uniti, dan MAIWP, program ini diharapkan mampu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang pada tahun 2024 dan seterusnya.
Sertai Kami!
Ingin tahu lebih banyak program pendidikan anjuran UNITI Waqi? Ikuti kami di media sosial atau lawati laman web rasmi kami di www.unitiwaqi.com
UNITIWaqi #YayasanUniti #MAIWP #EducationForAll #BengkelSPM #SPM2024 #PecutanAkhirSPM #BantuanSPM #KejayaanPelajar
